Wednesday, 12 December 2012

PERGERAKAN HAIWAN DI DARAT, AIR DAN UDARA


Haiwan bergerak dengan cara yang berlainan. Ada yang merayap di atas tanah, berjalan, berlari, melompat, berenang di dalam air atau terbang di utara.

Pergerakan Haiwan Di Darat

Kehadiran sendi dan otot antagonis pada anggota haiwan darat membolehkannya melakukan pergerakan seperti berjalan, merayap, melompat dan berlari. Haiwan seperti cheetah, harimau dan serigala mempunyai otot belakang yang kuat yang boleh mengecut dan mengendur dengan cepat untuk melengkung dan meluruskan tulang belakangnya pada kadar yang cepat, Ini membolehkan tulang belakang bertindak sebagai spring untuk memperoleh langkah yang panjang supaya haiwan itu dapat berlari dengan lebih pantas.
Katak, arnab, kanggaru dan belalang ialah contoh haiwan yang melompat.

Pergerakan Haiwan Di dalam Air

Contoh haiwan yang bergerak di dalam air ialah ikan. Ikan mempunyai beberapa ciri tertentu untuk mengatasi masalah rintangan air. Ikan mempunyai badan yang berbentuk larus, iaitu membulat di hadapan dan meruncing dengan sekata ke arah belakang untuk mengurangkan rintangan terhadap gerakan dalam air.

 Pergerakan Haiwan Di Udara

Sebilangan haiwan boleh terbang di udara seperti burung dan serangga. Haiwan yang boleh terbang di udara memiliki beberapa ciri yang istimewa. Burung mempunyai rangka dalam dan terbang di udara untuk mendapat makanan, pembiakan dan mengelakkan diri daripada pemangsa.

CARA PERGERAKAN HAIWAN-HAIWAN

 
 

Thursday, 1 November 2012

CARA PERGERAKAN HAIWAN


LIPAS MERAYAP
RAMA-RAMA TERBANG
IKAN BERENANG
SIPUT MENGENGSOT
ULAR MENJALAR
BURUNG TERBANG
KATAK MELOMPAT
  KUCING BERJALAN
 GAJAH BERJALAN
KAMBING BERJALAN

Thursday, 25 October 2012

CARA BERGERAK HAIWAN

HAIWAN BOLEH BERGERAK DENGAN PELBAGAI CARA: 



CARA BERGERAK
HAIWAN
Berenang
Ikan, Berudu, Itik, Penyu
Terbang
Burung, Kelawar, Rama-rama
Merangkak
Buaya, Kura-kura
Berjalan
Lembu, Kambing, Gajah
Berlari
Kuda, Harimau, Rusa
Merayap
Semut, Ulat, Gonggok
Mengengsot
Siput babi
Menjalar
Ular, Cacing
Melompat
Katak, Arnab, Kanggaroo

Thursday, 18 October 2012

CARA PERGERAKAN HAIWAN

HAIWAN BOLEH BERGERAK DARI SATU TEMPAT KE SATU TEMPAT YANG LAIN DENGAN BERBAGAI-BAGAI CARA. HAIWAN YANG BERLAINAN BERGERAK DENGAN CARA YANG BERLAINAN. ADA HAIWAN YANG TERBANG, BERJALAN, MERANGKAK, BERENANG DAN JUGA MELOMPAT....

 1.HAIWAN BERGERAK

1. Haiwan bergerak untuk mencari makanan

2.melarikan diri daripada musuh

3.mencari tempat untuk hidup

4.mencari pasangan untuk membiak